Wednesday, August 4, 2010

Hati Seorang Isteri



Pertama kali me ingin kongsikan apa yang me rasa tertarik untuk dikongsikan bersama.. Ini adalah dari majalah anis keluaran julai 2010 yang ditulis oleh hajah jalilah Abdullah...

Sebungkus Nasi Lemak.......... jika lihat tajuknya tiada yang menarik tapi disebalik sebungkus nasi lemak itu tersurat bemacam2 disebaliknya....seorang suami membeli empat bungkus nasi lemak.....ketika si isteri mahu ketempat kerja...apabila terpandang nasi lemak yang dimakan suami......isteri mengambil sebungkus " mama, itu anak-anak punya" tersentak isteri...... sambil meletak kembali " orang dirumah makan tak ingat kita" suara isteri sebak ketika meletakkan semula bungkusan nasi lemak itu....

Suami sangka isteri tak mahu nasi lemak kerana sibuk memasak makanan tengah hari untuk anak-anak yang akan ditinggalkan. '' Eh, eh, tak apalah.....mama bawalah.." suami cuba bergurau untuk memujuk isteri. "Tak payah" jawab isteri terkilan macam nak merajuk. Air mata menitis, dalam hati isteri sempat bertighfar menahan gelodak...amarah. Selepas bersalam dengan suami, isteri terus memandu ke pejabat.

Ya......ini antara insiden yang mungkin pernah dialami oleh sesetengah para isteri. Salah ke....jika sesekali para suami merai atau menghargainya. Fitrah wanita, jika si suami pandai merai, mempamerkan sayang dan menhargainya, dialah orang yang paling seronok berbakti kepada rumah tangga. Isteri yang baik bukan menuntut sesuatu yang mahal-mahal dari suami, cukup walaupun hanya dirai dengan sebungkus nasi lemak......terutama plak jika diletakkan dalam beg dan disertai nota kecil " Yang, yang, ini abang beli nasi lemak.....sayang makan ya....."

Oh...........syahdunya.....kalau me lah...rasanya walau hanya sebungkus nasi lemak memang tak terkata..lah... Bagi me...sebagai seorang isteri kita jangan terlalu mengharap atau meminta suami sahaja melakukan sedemikian .......tapi.......kedua-dua pihak perlu saling hargai-menghargai, barulah kehidupan kita lagi harmoni dan bahagia. Itulah erti sebenar sebuah kebahagiaan dan kepuasan dalam sebuah kehidupan berumah tangga....

No comments:

Post a Comment