Wednesday, August 4, 2010

Hati Seorang Isteri



Pertama kali me ingin kongsikan apa yang me rasa tertarik untuk dikongsikan bersama.. Ini adalah dari majalah anis keluaran julai 2010 yang ditulis oleh hajah jalilah Abdullah...

Sebungkus Nasi Lemak.......... jika lihat tajuknya tiada yang menarik tapi disebalik sebungkus nasi lemak itu tersurat bemacam2 disebaliknya....seorang suami membeli empat bungkus nasi lemak.....ketika si isteri mahu ketempat kerja...apabila terpandang nasi lemak yang dimakan suami......isteri mengambil sebungkus " mama, itu anak-anak punya" tersentak isteri...... sambil meletak kembali " orang dirumah makan tak ingat kita" suara isteri sebak ketika meletakkan semula bungkusan nasi lemak itu....

Suami sangka isteri tak mahu nasi lemak kerana sibuk memasak makanan tengah hari untuk anak-anak yang akan ditinggalkan. '' Eh, eh, tak apalah.....mama bawalah.." suami cuba bergurau untuk memujuk isteri. "Tak payah" jawab isteri terkilan macam nak merajuk. Air mata menitis, dalam hati isteri sempat bertighfar menahan gelodak...amarah. Selepas bersalam dengan suami, isteri terus memandu ke pejabat.

Ya......ini antara insiden yang mungkin pernah dialami oleh sesetengah para isteri. Salah ke....jika sesekali para suami merai atau menghargainya. Fitrah wanita, jika si suami pandai merai, mempamerkan sayang dan menhargainya, dialah orang yang paling seronok berbakti kepada rumah tangga. Isteri yang baik bukan menuntut sesuatu yang mahal-mahal dari suami, cukup walaupun hanya dirai dengan sebungkus nasi lemak......terutama plak jika diletakkan dalam beg dan disertai nota kecil " Yang, yang, ini abang beli nasi lemak.....sayang makan ya....."

Oh...........syahdunya.....kalau me lah...rasanya walau hanya sebungkus nasi lemak memang tak terkata..lah... Bagi me...sebagai seorang isteri kita jangan terlalu mengharap atau meminta suami sahaja melakukan sedemikian .......tapi.......kedua-dua pihak perlu saling hargai-menghargai, barulah kehidupan kita lagi harmoni dan bahagia. Itulah erti sebenar sebuah kebahagiaan dan kepuasan dalam sebuah kehidupan berumah tangga....

Kembali Bersama.........



Salam Untuk Semua......

Dah bersawang blog ku ni......memang lama benar blog ni tak berceloteh dan di update..... ni lah dikatakan hangat2 tahi ayam........sat je.....pas....tu.... dibiarkan begitu je....memang sedar tapi duk busy sangat nga fb sapai lupa kat blog kesayanganku ni.......nanti kan merajuk plak tok guru yang comel tu. Jangan merajuk plak ya sayang Izzati....

Hari ni tiba2 je ingin kembali update blog ni......tapi kali ni duk tengah fikir......cam ne nok buatkan blog ni bernafas macam blog2 yang lain.....sesuatu yang boleh mengingatkan akan diri sendiri dan boleh dikongsi nga kawan2 yang lain. Maklumlah nak berfalsafah tak pandai, nak nasihat orang......diri sendiri tak tau kemana...nak bercerita plak bukanya tukang karut....

So...setelah difikir2kan..........
rasanya tak salah kan jika me ingin berkongsi apa2 saje yang me baca dari apa2 majalah atau buku.....dimana me rasa menarik dan boleh dikongsi bersama.....

Me akan masukkan dalam blog me yang cantik ni......cantik ke.....ala ....cantiklah juga kalu tak puji sendiri...... sapa plak nak puji kan.....
oh ya lupa plak....selepas ni me akan membahasakan diri ini.....me atau saya tidak aku lagi.....
saje je......aku tu rasa cam kasar plak.....
dok gitu!!!!

Friday, April 16, 2010

Sekadar untuk Renungan

Pada coretan kali ini ingin ku kongsikan video ini sekadar buat renungan kita.
Mungkin sesetengah orang video ini biasa-biasa aje.

Tapi bagi ku....... ia membuatkan air mata ini menitis, menitis dan terus menitis tanpa disedari.
Kenapa dan kenapa..... ia terjadi sedemikian,,,,,, itulah persoalannya???

Jawapanku hanya untukku
dan
jawapan kalian hanya kalian yang tahu........


HAYATILAH.............

Saturday, April 10, 2010

Tiupan Sangkakala




Jangan terkejut pabila melihat tajuk coretanku kali ini.... sebenarnya aku baru lepas menonton drama " Tiupan Sangkakala" di TV3. Lagu yang mengiringnya plak, yang pasti sama nga lagu di wallku.... Padamu ku bersujud.... Ya Allah cerita ini telah membuatkan aku merasa.....sedih, pilu dan bercampur-campur tanpa aku sendiri dapat mentafsirkannya. Memang wujud ke...seorang anak atau isteri yang sedemikian rupa?????

Pada yang tak menonton cerita ini sebenarnya kisah seorang anak yg terlalu dimanjakan dengan kasih sayang dan wang ringgit sehingga menjadi seorang yang sombong, bongkak dan entah tak tahu nak bagi kategori apa lagi.

Yang pasti apabila dewasa ia menjadikan kekayaan yang dia miliki itu untuknya berkuasa. Baginya Kekuasaan yang dimiliki itu dapat membeli apa saje dihajati dan sesiapa yang melawan pasti akan menerima habuan darinya.....

Jika ada yang yang cuba menegur atau memberi nasihat pasti akan mendapat caci nista darinya termasuklah mak,ayah dan suaminya. Sedikit pun dia tidak takut akan balasan dari Allah yang maha esa... Tapi yang pasti diakhir dia telah menyedari akan kesilapanya.. tapi dah terlambat.

Inilah yang dikatakan nasi dah jadi bubur. Dia tidak sempat memohon maaf dari bapa dan suaminya. Ya Allah

Oleh itu kita sentiasalah saling maaf memaafi dan jangan malu memohon maaf kerana kita sendiri tidak tahu bila kita akan di jemput olehNya.
Bagi anak-anak janganlah melawan ibu bapa dan bagi para isteri jangan derhaka pada suami... kasarnya bahasaku untuk para isteri tapi untukku juga maklumlah kadang- kadang tanpa sedar suara ni tinggi juga...Dok gitu kawan-kawan?

Sedar... tapi setelah dah melakukanya....dan pas tu buat lagi...buat lagi... dan pas tu apa lagi minta maaf, minta maaf dan minta maaf. Jika difikirkan kalu sedar tak patuh diulangi lagi... tapi inilah yang dikatakan manusia sedar setelah melakukanya. Itu kalu sedar kalu tak.... jawab sendirilah. Oleh itu sama-samalah kita menyedarkan diri.......

Padamu kumemohon ya Allah agar diriku dan kawan-kawanku sentiasa di lindungi dan dirahmati. Jauhkan kami dari melakukan kemungkaran.... AAmiiin.

Tuesday, April 6, 2010

Coretan ke 2



Nasi lemak SD5.50 (RM 13.20)


Setelah beberapa hari tidak mencoret sesuatu.... ingin ku menyambung kembali perjalananku tentang Singapore.. dan kali ini tentu sekali tentang makanan nya plak. Beberapa hari berada disini terasa terlalu seksa bila tiba time makan.... Kawasan sekitar hotel penginapanku banyak kedai yang tertulis perkataan HALAL tapi...... dan hanya sebuah kedai menjadi pilihanku tanpa was-was.
Walaupun makananya tak banyak pilihan dan tak kena dengan seleraku tapi bolehlah mengenyangkan perut. Harganya.... WOW.. jangan dikira sangat.... sebab ni bukannya tempat kita.




Nasi Penyet SD4.50 (RM10.80)




Roti Jong SD3.50 (RM8.40)

Untuk mendapatkan nasi penyet dan roti jong ini kami terpaksa menaiki 2 Mrt . Bergitu jauh sekali untuk kami mendapatkan makanan yang boleh memuaskan hati dan dijamin...... Kedua2 makanan ini dijual berhampiran Masjid Sultan yang terletak di Arab Street , Disini terdapat banyak kedai makanan melayu dan pilihannya juga banyak. Hanya tepuk dada tanya selera.....

Bagaimana kami mendapat INFO tentang tempat makan ini??? Ia adalah dari rakan-rakan yang telah beberapa kali berkujung ke Singapore.


Thursday, April 1, 2010

Coretanku...


Masjid Sultan

Apa yang ingin ku coretkan kali ini hanyalah sekadar ingin berkongsi pengalaman ku ketika melawat jiran kita. walaupun hanya beberapa hari tapi telah membuatkan aku terfikirkan sesuatu........
Selama disana inilah satu2nya masjid yang ku jumpa dan mendengar laungan azan. Menurut apa yang tercatat , inilah masjid tertua di Singapore. Untuk sampai ke masjid ini aku terpaksa menaiki 2 Mrt . Ini kerana aku menginap di Ochad Road. Bergitu sukar untuk mencari masjid apatah lagi mendengar laungan azan seperti negara kita. Persoalanya adakah kita juga mahu negara kita terjadi sebegini?????

Tuesday, March 30, 2010

Persahabatan...



Persahabatan itu seperti tangan dan mata. Saat tangan terluka, mata menangis dan saat mata menangis tangan akan menhapusnya. Persahabatan yang senantiasa abadi adalah persahabatan yang dibinkai dengan indahnya ukhwah islam...


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak gerinya teringat akan mati.


Allah s.w.t mencipta manusia di atas muka bumi ini berpasang-pasangan . Bergitu juga manusia tidak akan hidup sendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri2 sebagai seorang manusia yang normal. Innilah antara hikmat, kenapa Allah s.w.t mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa.
''Sebaik-baik sahabat disisi Allah
orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi allah ialah orang yang terbaik terhadap jiranya'' (H.R al-Hakim)