Friday, April 16, 2010

Sekadar untuk Renungan

Pada coretan kali ini ingin ku kongsikan video ini sekadar buat renungan kita.
Mungkin sesetengah orang video ini biasa-biasa aje.

Tapi bagi ku....... ia membuatkan air mata ini menitis, menitis dan terus menitis tanpa disedari.
Kenapa dan kenapa..... ia terjadi sedemikian,,,,,, itulah persoalannya???

Jawapanku hanya untukku
dan
jawapan kalian hanya kalian yang tahu........


HAYATILAH.............

Saturday, April 10, 2010

Tiupan Sangkakala




Jangan terkejut pabila melihat tajuk coretanku kali ini.... sebenarnya aku baru lepas menonton drama " Tiupan Sangkakala" di TV3. Lagu yang mengiringnya plak, yang pasti sama nga lagu di wallku.... Padamu ku bersujud.... Ya Allah cerita ini telah membuatkan aku merasa.....sedih, pilu dan bercampur-campur tanpa aku sendiri dapat mentafsirkannya. Memang wujud ke...seorang anak atau isteri yang sedemikian rupa?????

Pada yang tak menonton cerita ini sebenarnya kisah seorang anak yg terlalu dimanjakan dengan kasih sayang dan wang ringgit sehingga menjadi seorang yang sombong, bongkak dan entah tak tahu nak bagi kategori apa lagi.

Yang pasti apabila dewasa ia menjadikan kekayaan yang dia miliki itu untuknya berkuasa. Baginya Kekuasaan yang dimiliki itu dapat membeli apa saje dihajati dan sesiapa yang melawan pasti akan menerima habuan darinya.....

Jika ada yang yang cuba menegur atau memberi nasihat pasti akan mendapat caci nista darinya termasuklah mak,ayah dan suaminya. Sedikit pun dia tidak takut akan balasan dari Allah yang maha esa... Tapi yang pasti diakhir dia telah menyedari akan kesilapanya.. tapi dah terlambat.

Inilah yang dikatakan nasi dah jadi bubur. Dia tidak sempat memohon maaf dari bapa dan suaminya. Ya Allah

Oleh itu kita sentiasalah saling maaf memaafi dan jangan malu memohon maaf kerana kita sendiri tidak tahu bila kita akan di jemput olehNya.
Bagi anak-anak janganlah melawan ibu bapa dan bagi para isteri jangan derhaka pada suami... kasarnya bahasaku untuk para isteri tapi untukku juga maklumlah kadang- kadang tanpa sedar suara ni tinggi juga...Dok gitu kawan-kawan?

Sedar... tapi setelah dah melakukanya....dan pas tu buat lagi...buat lagi... dan pas tu apa lagi minta maaf, minta maaf dan minta maaf. Jika difikirkan kalu sedar tak patuh diulangi lagi... tapi inilah yang dikatakan manusia sedar setelah melakukanya. Itu kalu sedar kalu tak.... jawab sendirilah. Oleh itu sama-samalah kita menyedarkan diri.......

Padamu kumemohon ya Allah agar diriku dan kawan-kawanku sentiasa di lindungi dan dirahmati. Jauhkan kami dari melakukan kemungkaran.... AAmiiin.

Tuesday, April 6, 2010

Coretan ke 2



Nasi lemak SD5.50 (RM 13.20)


Setelah beberapa hari tidak mencoret sesuatu.... ingin ku menyambung kembali perjalananku tentang Singapore.. dan kali ini tentu sekali tentang makanan nya plak. Beberapa hari berada disini terasa terlalu seksa bila tiba time makan.... Kawasan sekitar hotel penginapanku banyak kedai yang tertulis perkataan HALAL tapi...... dan hanya sebuah kedai menjadi pilihanku tanpa was-was.
Walaupun makananya tak banyak pilihan dan tak kena dengan seleraku tapi bolehlah mengenyangkan perut. Harganya.... WOW.. jangan dikira sangat.... sebab ni bukannya tempat kita.




Nasi Penyet SD4.50 (RM10.80)




Roti Jong SD3.50 (RM8.40)

Untuk mendapatkan nasi penyet dan roti jong ini kami terpaksa menaiki 2 Mrt . Bergitu jauh sekali untuk kami mendapatkan makanan yang boleh memuaskan hati dan dijamin...... Kedua2 makanan ini dijual berhampiran Masjid Sultan yang terletak di Arab Street , Disini terdapat banyak kedai makanan melayu dan pilihannya juga banyak. Hanya tepuk dada tanya selera.....

Bagaimana kami mendapat INFO tentang tempat makan ini??? Ia adalah dari rakan-rakan yang telah beberapa kali berkujung ke Singapore.


Thursday, April 1, 2010

Coretanku...


Masjid Sultan

Apa yang ingin ku coretkan kali ini hanyalah sekadar ingin berkongsi pengalaman ku ketika melawat jiran kita. walaupun hanya beberapa hari tapi telah membuatkan aku terfikirkan sesuatu........
Selama disana inilah satu2nya masjid yang ku jumpa dan mendengar laungan azan. Menurut apa yang tercatat , inilah masjid tertua di Singapore. Untuk sampai ke masjid ini aku terpaksa menaiki 2 Mrt . Ini kerana aku menginap di Ochad Road. Bergitu sukar untuk mencari masjid apatah lagi mendengar laungan azan seperti negara kita. Persoalanya adakah kita juga mahu negara kita terjadi sebegini?????