Saturday, April 10, 2010

Tiupan Sangkakala




Jangan terkejut pabila melihat tajuk coretanku kali ini.... sebenarnya aku baru lepas menonton drama " Tiupan Sangkakala" di TV3. Lagu yang mengiringnya plak, yang pasti sama nga lagu di wallku.... Padamu ku bersujud.... Ya Allah cerita ini telah membuatkan aku merasa.....sedih, pilu dan bercampur-campur tanpa aku sendiri dapat mentafsirkannya. Memang wujud ke...seorang anak atau isteri yang sedemikian rupa?????

Pada yang tak menonton cerita ini sebenarnya kisah seorang anak yg terlalu dimanjakan dengan kasih sayang dan wang ringgit sehingga menjadi seorang yang sombong, bongkak dan entah tak tahu nak bagi kategori apa lagi.

Yang pasti apabila dewasa ia menjadikan kekayaan yang dia miliki itu untuknya berkuasa. Baginya Kekuasaan yang dimiliki itu dapat membeli apa saje dihajati dan sesiapa yang melawan pasti akan menerima habuan darinya.....

Jika ada yang yang cuba menegur atau memberi nasihat pasti akan mendapat caci nista darinya termasuklah mak,ayah dan suaminya. Sedikit pun dia tidak takut akan balasan dari Allah yang maha esa... Tapi yang pasti diakhir dia telah menyedari akan kesilapanya.. tapi dah terlambat.

Inilah yang dikatakan nasi dah jadi bubur. Dia tidak sempat memohon maaf dari bapa dan suaminya. Ya Allah

Oleh itu kita sentiasalah saling maaf memaafi dan jangan malu memohon maaf kerana kita sendiri tidak tahu bila kita akan di jemput olehNya.
Bagi anak-anak janganlah melawan ibu bapa dan bagi para isteri jangan derhaka pada suami... kasarnya bahasaku untuk para isteri tapi untukku juga maklumlah kadang- kadang tanpa sedar suara ni tinggi juga...Dok gitu kawan-kawan?

Sedar... tapi setelah dah melakukanya....dan pas tu buat lagi...buat lagi... dan pas tu apa lagi minta maaf, minta maaf dan minta maaf. Jika difikirkan kalu sedar tak patuh diulangi lagi... tapi inilah yang dikatakan manusia sedar setelah melakukanya. Itu kalu sedar kalu tak.... jawab sendirilah. Oleh itu sama-samalah kita menyedarkan diri.......

Padamu kumemohon ya Allah agar diriku dan kawan-kawanku sentiasa di lindungi dan dirahmati. Jauhkan kami dari melakukan kemungkaran.... AAmiiin.

No comments:

Post a Comment